Khamis, 26 April 2012

CERITA 1

Di sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua bernama Husin (bukan nama sebenar)..kehidupannya serba kekurangan...kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...begitulah keadaan pak cik Husin..beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak..anak yang dikurniakan oleh Allah setelah mereka berkahwin selama  23 tahun..pak cik Husin dan isterinya Hamidah amat menyayangi anaknya Humairah..segala permintaan Humairah akan cuba dipenuhi oleh pak cik Husin dan mak cik Hamidah.. dari Humairah lahir sehingga kini...

        Awal tahun hadapan Humairah akan memulakan persekolahan..segala kelengkapan persekolahan telah disediakan oleh pak cik Husin..namun ada suatu perkara yang pak cik Husin runsingkan..

(suatu petang)
       " Apa yang dimenungkan paknya?" kata isterinya... Teringat pak cik Husin tentang soalan yang sering ditanya oleh anaknya Humairah... " Bapak-bapak.. tahun depan adik sekolah kan.. macam mana bapak nak hantar adik pergi sekolah??? sekolah tu jauh kan..kalau bapak hantar adik naik basikal nanti lambat la adik masuk kelas...bapak beli motor ek"...   Terpandang pak cik Husin ke arah basikal tuanya..  Adakah perluku ganti basikal ini dengan motor???

       Jika aku beli motor pastinya aku tak nanpu untuk membelinya secara tunai...sudah pasti aku akan berhutang dengan kedai Ah Chong Motor (satu-satunya kedai motor di kawasannya).. setahu aku semua pembelian motor di kedainya semuanya melibatkan sistem konvensional..jauh sekali ada islamic finance...jadi aku akan terjerumus ke dalam sistem riba.. sistem riba...sistem riba... Ya Allah bagaimana aku nak menghadapi keadaan ini Ya Allah...tak mungkin aku membelakangkanMu hanya kerana tuntutan anakku untuk mendapatkan sebuah motorsikal...tidak...tidak...

      Aku tidak mahu menjadi hambaMu yang ingkar ke atas segala arahan dan perintahMu..hina rasanya diri ini bila aku melakukan perkara yang Engkau murkai hanya kerana untuk kenikmatan dan kesenangan dunia..biarlah aku susah daripada senang tetapi aku terhumban ke dalam nerakaMu Ya Allah..mungkin dugaan susah lebih senang untuk aku hadapi daripada dugaan kesenangan..diwaktu aku susah aku akan sentiasa mengingatiMu..diwaktu aku resah menghadapi hari-hari mendatang, pastinya aku mempunyai kesempatan untuk bermuhasabah diri..jika aku senang bagaimana ya??adakah aku masih sempat untuk ke kuliah@tazkirah......entah-entah solat berjamaah pun aku tak berkesempatan...

      Ya Allah...kuatkan hatiku dalam menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan hidup ini..jangan engkau berikanku dengan ujian yang tidak termampu untuk aku hadapi..aku hanyalah insan hina yang tidak mempunyai daya upaya selain dari daya upaya dariMu Ya Allah..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
JANGAN CAMPAKKAN DIRI  KITA KE DALAM NERAKA ALLAH HANYA KERANA KESENANGAN DUNIA....
ALLAHU AKBAR....

Rabu, 25 April 2012



teringat kata2 bob lokman ketika kuliah maghrib tadi... (kebetulan diluar masjid hujan yg agak lebat)

           "  sekiranya kita xkenal Tuhan...kita akan mengeluh bilamana Allah timpakan kita dengan hujan yang lebat sedangkan setiap apa yang Allah jadikan itu pasti dgn sebab2 tertentu..kita akan menyalahkan hujan yang lebat itu sebagai punca berlakunya banjir, menyebabkan tanah runtuh dan sebagainya...kita ini seperti semut yang berada dibawah pokok bunga..bila disiram..maka kita akan basah..sedangkan tuan empunya bunga itu bukan berniat untuk menyiram @ membasahi kita tetapi hendak memberikan tenaga dan sesuatu yang diperlukan untuk pokok tersebut..tetapi sekecil2 semut pasti tidak akan mengeluh dgn tindakan tuan empunya pokok bunga tersebut tetapi kita yang bergelar manusia, yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik2 kejadian ini bagaimana??

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
BERAMAL KERANA ALLAH....
TIADA DAYA UPAYA SELAIN ALLAH....

ALLAHU AKBAR...

Selasa, 24 April 2012

Latihan penulisan..hehe

KATAKANLAH : " SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM"   ( AL-AN'AM: 162)

jika inilah iktikad dan pegangan kita yang mengaku diri hamba kepada Allah, maka segala apa yang kite lakukan pastinya tiada sebab dan tujuan lain.. pastinya yang dikejar ialah redho daripada Robnya.. kerana Allah menjadikan kita bukan untuk kite hidup, makan, tido, kerja dan sampai masa dimatikan dan tiada kehidupan selepas itu.. tetapi Allah jadikan kita ialah untuk kita menjadi hamba yang taat kepada-Nya.. untuk mengerah seluruh tenaga kepada mengerjakan segala arahan-Nya.. untuk mewaqafkan diri didalam juang bakti menentang kekufuran dan mencegah segala kemungkaran yang berlaku yang ditegah, larang oleh-Nya..

     Marilah rakan2, teman2, sahabat2 jauh dan dekat kita muhasabah semula diri kita.... adakah perjalanan kehidupan kita selama ini masih berlandaskan ayat di atas tadi..  jika tidak... masih belum terlambat lagi sahabat2 kerana selagi Allah tidak mencabut nyawa kita selagi itu ruang untuk kita berbakti kepada Allah untuk menjadi hamba-Nya yang taat patuh kepada segala arahan-Nya dan tunduk akur kepada tegahan-Nya masih terbuka..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
ALLAHU AKBAR....
   

Lagu Carik Makan..hehe


Lagu KEPADAMU KEKASIH ini didedikasikan kepada ---- ------ --- -----, jawapannye cari sendiri k.. sesiapa yang dapat menjawab dgn tepat akan diberi hadiah berupa:-
                                 * Voucer Minum ABC di Kedai Wan Itam sebanyak 3 mangkuk..huhu

Isnin, 23 April 2012

seusai tadi bru selesai mesyuarat dgn DPPKL.. byk jgk yg dibincangkan.. semoga perjalanan dan perjuangan DPPKL dlm melaksanakan tuntutan dakwah dan jihad ke jalan Allah sentiasa dlm lindungan-NYA dan dipermudahkan oleh-NYA..  
TAKBIIIIR........
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Ahad, 22 April 2012

OMBAK RINDU SPECIAL EDITION...


first time dgr lagu ni terus tertarik... tapi xde kena mngena dgn keh tau...cume tertarik dgn lirik dan melodynya..walaupun lagunye slow tpi layannnnn..hehe

HAHAHAHA..AKHIRNYE..

Assalamu'alaikum.....
Akhirnye ade jgok blog keh...
saje dok try2 main je neh...
nnti doh pandey skit kite sembang isu2 yg best sikit k..
tata titi tutu............