Khamis, 26 April 2012

CERITA 1

Di sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua bernama Husin (bukan nama sebenar)..kehidupannya serba kekurangan...kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...begitulah keadaan pak cik Husin..beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak..anak yang dikurniakan oleh Allah setelah mereka berkahwin selama  23 tahun..pak cik Husin dan isterinya Hamidah amat menyayangi anaknya Humairah..segala permintaan Humairah akan cuba dipenuhi oleh pak cik Husin dan mak cik Hamidah.. dari Humairah lahir sehingga kini...

        Awal tahun hadapan Humairah akan memulakan persekolahan..segala kelengkapan persekolahan telah disediakan oleh pak cik Husin..namun ada suatu perkara yang pak cik Husin runsingkan..

(suatu petang)
       " Apa yang dimenungkan paknya?" kata isterinya... Teringat pak cik Husin tentang soalan yang sering ditanya oleh anaknya Humairah... " Bapak-bapak.. tahun depan adik sekolah kan.. macam mana bapak nak hantar adik pergi sekolah??? sekolah tu jauh kan..kalau bapak hantar adik naik basikal nanti lambat la adik masuk kelas...bapak beli motor ek"...   Terpandang pak cik Husin ke arah basikal tuanya..  Adakah perluku ganti basikal ini dengan motor???

       Jika aku beli motor pastinya aku tak nanpu untuk membelinya secara tunai...sudah pasti aku akan berhutang dengan kedai Ah Chong Motor (satu-satunya kedai motor di kawasannya).. setahu aku semua pembelian motor di kedainya semuanya melibatkan sistem konvensional..jauh sekali ada islamic finance...jadi aku akan terjerumus ke dalam sistem riba.. sistem riba...sistem riba... Ya Allah bagaimana aku nak menghadapi keadaan ini Ya Allah...tak mungkin aku membelakangkanMu hanya kerana tuntutan anakku untuk mendapatkan sebuah motorsikal...tidak...tidak...

      Aku tidak mahu menjadi hambaMu yang ingkar ke atas segala arahan dan perintahMu..hina rasanya diri ini bila aku melakukan perkara yang Engkau murkai hanya kerana untuk kenikmatan dan kesenangan dunia..biarlah aku susah daripada senang tetapi aku terhumban ke dalam nerakaMu Ya Allah..mungkin dugaan susah lebih senang untuk aku hadapi daripada dugaan kesenangan..diwaktu aku susah aku akan sentiasa mengingatiMu..diwaktu aku resah menghadapi hari-hari mendatang, pastinya aku mempunyai kesempatan untuk bermuhasabah diri..jika aku senang bagaimana ya??adakah aku masih sempat untuk ke kuliah@tazkirah......entah-entah solat berjamaah pun aku tak berkesempatan...

      Ya Allah...kuatkan hatiku dalam menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan hidup ini..jangan engkau berikanku dengan ujian yang tidak termampu untuk aku hadapi..aku hanyalah insan hina yang tidak mempunyai daya upaya selain dari daya upaya dariMu Ya Allah..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
JANGAN CAMPAKKAN DIRI  KITA KE DALAM NERAKA ALLAH HANYA KERANA KESENANGAN DUNIA....
ALLAHU AKBAR....

1 ulasan: