Selasa, 24 April 2012

Latihan penulisan..hehe

KATAKANLAH : " SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM"   ( AL-AN'AM: 162)

jika inilah iktikad dan pegangan kita yang mengaku diri hamba kepada Allah, maka segala apa yang kite lakukan pastinya tiada sebab dan tujuan lain.. pastinya yang dikejar ialah redho daripada Robnya.. kerana Allah menjadikan kita bukan untuk kite hidup, makan, tido, kerja dan sampai masa dimatikan dan tiada kehidupan selepas itu.. tetapi Allah jadikan kita ialah untuk kita menjadi hamba yang taat kepada-Nya.. untuk mengerah seluruh tenaga kepada mengerjakan segala arahan-Nya.. untuk mewaqafkan diri didalam juang bakti menentang kekufuran dan mencegah segala kemungkaran yang berlaku yang ditegah, larang oleh-Nya..

     Marilah rakan2, teman2, sahabat2 jauh dan dekat kita muhasabah semula diri kita.... adakah perjalanan kehidupan kita selama ini masih berlandaskan ayat di atas tadi..  jika tidak... masih belum terlambat lagi sahabat2 kerana selagi Allah tidak mencabut nyawa kita selagi itu ruang untuk kita berbakti kepada Allah untuk menjadi hamba-Nya yang taat patuh kepada segala arahan-Nya dan tunduk akur kepada tegahan-Nya masih terbuka..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
ALLAHU AKBAR....
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan