Jumaat, 25 Mei 2012

Meminta @ tunggu untuk ditanya/diberi??

Ting..ting..ting..ting..ting...

Saiful memandang ke arah jam dinding milik syarikatnya..
“Oh dah pukul 5.00 rupanya..”detik hati kecil Saiful..
Masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibereskan oleh beliau..tetapi memandangkan tarikh untuk dia menyiapkan kertas kerja projeknya itu masih panjang..beliau mengambil keputusan untuk menyambungnya pada keesokkan harinya..

“Baik aku save dulu kerja-kerja aku ni...esok baru sambung”..
Sedang saiful menge’save’ kerja-kerjanya..telefon bimbitnya berbunyi..
Dipandang nama yang muncul di skrin telefonnya... HAKIM..

“ Hello...
“ Assalamu’alakum...kenapa kim..
“ mengetey?? Cantik...
“ tunggu tempat biase k..

Selesai die men’yhut down’ komputernya..beliau turun keluar ke ruangan lobi untuk ‘punch card’..
Kelihatan beberapa kawannya sedang berbaris menunggu giliran..terdetik didalam hatinya..klu ‘time’ punch card orang sanggup berbaris menunggu..tapi kalau ‘time’ solat,, ruangan kecil ditempat dia bekerja itu pun tak penuh..siap boleh tidur lagi selepas solat sebab tiada siapa yang hendak bersolat selepas itu..staf beratus orang tapi yang bersolat boleh bilang dengan jari je...


Treeeeet...
Kad yang bernama Saiful b. Ahmad selesai di’punch’..
Saiful mengambil kadnya dan diletakkan semula di tempat yang disediakan.. ketika beliau melangkah keluar dari pejabatnya...

“Encik Saiful dah nak balik ke??? Tanya Kamaliah...seorang kerani ditempat kerjanya.
“Tak.. Nak gi mengetey dulu dengan kawan. Dia dah tunggu kat kedai Pak Ali” balas Saiful..
Kedai Pak Ali sememangnya sinonim dengan staf-staf pejabatnya. Kebanyakkan staf syarikat tempat Saiful bekerja menjadi pelanggan tetap Pak Ali..
“ Lia tak nak join??” ajak Saiful..
“ Ish tak pe la..segan la Lia nak minum dengan kawan-kawan Saiful” balas Kamaliah.
“ Kalau macam tu saya pergi dulu k” kata Saiful...
“ Ok “ balas Kamaliah..

“Cantik jugak Kamaliah ni ek...setahu aku dia masih belum mempunyai ‘special boy friend’ lagi..nanti la aku Tanya dia..kalau memang betul-betul takde..ada can r aku nak jadikan Kamaliah isteri aku..” getus hati kecil Saiful sambil tersengeh keseorangan..

Sesampai beliau ke kedai Pak Ali kelihatan Hakim sedang menunggunya..
“ sori bro lambat sikit...ada awek cun tahan aku tadi..” kata Saiful..
“ lu memang camtu bro..pegi sana awek..pegi sini awek..aku tahu r lu hensem..aku ingat tanpa awek dalam hidup lu..mesti lu tak tenteram hidup..” balas Hakim..
“Hahaha”...mereka berdua tergelak serentak..
“ Eh engkau tak order air lagi ke??” Tanya Saiful...
“ Belom..dari tadi aku tunggu..takde pun orang datang ambil oder..” balas Hakim..

Saiful terjenguk-jenguk mencari pelayan kedai Pak Ali..namun semuanya kelihatan sibuk..sebab memang waktu-waktu begini..kedai Pak Ali sememangnya dikerumuni oleh ramai orang..
Sedang Saiful tercari-cari pelayan kedai tersebut..ternampak beliau Ustaz Syukri menuju masuk ke kedai Pak Ali..beliau meluru terus ke meja kaunter..dan kelihatan Ustaz Syukri meng’order’ beberapa jenis makanan dan minuman..sedangkan beliau dan rakannya masih lagi belum dapat meng’order’ apa pun lagi kerana menunggu pelayan datang kepada mereka..

“ Ish mana dia orang ni.. tak Nampak orang ke??” getus hati kecilnya..
Ruangan kedai Pak Ali semakin dipenuhi dengan mereka-mereka yang kelaparan.. Jam menunjukkan pukul 5.30.. Dah 15 minit dia dan Hakim menunggu untuk diambil ordernya..

“ Encik dah order ke belum?? Tanya pelayan kedai tersebut...
“ Dah berjanggut dah kami tunggu ni tau..” bentak Hakim yang sudah seolah-olah naik angin menunggu..
“ Teh tarik 2...roti telur 2 ok..” order Saiful..
“ Cepat sikit ek” sampuk Hakim...
“ Baiklah” balas pelayan tersebut..

Tit..tit..
Saiful tertoleh kebelakang...
Kelihatan Ustaz Syukri telah memasuki keretanya dengan tangan yang membawa beberapa bungkus plastik..
“Cepatnya...” getus hati kecilnya..
Bukankah Ustaz Syukri datang lebih lewat dari aku tadi..kenapa beliau dapat dulu makanannya..adakah kerana beliau meng’order’ dulu atau meminta terus kepada pelayan dikaunter tadi sedangkan aku hanya menunggu mereka..mungkin salah aku juga kerana duduk menunggu sedangkan sekiranya aku inginkan sesuatu.. aku tidak perlu ditanya apa yang aku mahukan.. kenapa aku jadi begitu sombong hanya untuk meng’order’ makanan.. aku bukannya manusia istimewa hinggakan makan apa pun orang kena tanya aku.. aku dan pelayan itu sama saja disisi Allah.. memang sepatutnya aku dapat makanan lambat disebabkan kesombongan aku itu..

Teringat beliau ketika berbaris menunggu ‘punch card’ tadi.. patuhnya manusia kepada arahan manusia.. disuruh masuk kerja pukul 8.00.. pukul 7.00 lagi dah ‘punch card’.. tapi arahan Allah macam mana????
Berapa ramai yang waktu azan zohor lebih kurang pukul 1.30 tetapi 12.30 dah menunggu-nunggu kemasukan waktunya?? Berapa ramai yang solat asar dah nak masuk waktu maghrib?? Ini semua berlaku sebab kita tidak kenal siapa Tuhan kita... Kita rasakan apabila kita masuk kerja lambat bos akan marahkan kita..tapi adakah kita kisah dengan kemarahan Allah?? Kita rasa bahawa masuk lambat dan keluar awal dari pejabat itu satu kesalahan yang menyebabkan kita diberhentikan kerja...hilang pekerjaan...hilang tempat mencari rezeki..tapi adakah kita tidak rasa bersalah sekiranya kita solat tidak diawal waktu?? Adakah Tuhan yang kita sembah itu tidak mampu untuk memberhentikan rezeki yang diberi kepada kita??

“ Encik.. ni teh dan rotinya..” kata pelayan tersebut sambil meletakkan teh dan roti tersebut..
 tersentak lamunannya... diperhatikan Hakim telah terlentok dimeja..
 
Terbayang beliau kelibat Ust Syukri tadi..mungkin ust dah kenyang agaknya..sedangkan hidangan beliau baru je sampai.. itulah kekuatan meminta daripada tunggu untuk ditanya/diberi.. bagaimana orang hendak memberi kita sesuatu tanpa kita meminta.. contohnya sekira kita sesat... kita rilek je tak  tanya orang.. agak-agak orang tahu tak??? Kita pergi ke Mc D...kita masuk dalam kedai dan duduk dikerusinya.. agak-agak dapat tak kita makan burger dan ayam McD??

Begitu juga dengan Allah..bagaimana Allah nak tahu apa yang kita mahukan tanpa kita meminta, mengadu padaNya...memang Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui.. Cuma Allah hendak mendengar hambaNya merintih meminta dan mengadu kepadaNYa..kerana Allah suka hambaNya meminta sebanyak mungkin kepadaNya yang Maha Kaya.. lagi banyak permintaan, pengaduan dan permohonan yang kita pohon kepada Allah...begitu jugalah perkenan Allah terhadap permintaan kita itu..

 “ BERDOALAH...NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN ”

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
ALLAHU AKBAR

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan