Ahad, 6 Mei 2012

SEJARAH BERMULA...

DARUSSYIFA' KUALA LIPIS
SURAU NUR SYIFA'
KG. SELINDANG
27100 PADANG TENGKU
KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR
(waktu rawatan : Ahad jam 3.00ptg - 6.00ptg)


 
My PhotoKisahnya bermula dengan kembalinya salah seorang penduduk Kg. Selindang ke kampung halaman setelah sekian lama merantau dan mengembara mencari ilmu dan menabur ilmu.. Beliau ialah Ust Borhan Bin Aripin... Pemilik no ahli 1342 Darussyifa' Malaysia... Beliau telah berbakti secara aktif sebagai perawat islam Darussyifa' di Raub sebelum menubuhkan Darussyifa' Lipis..

Seawal sekembalinya beliau ke Kg Selindang... Ust Borhan telah membuka Pusat Rawatan di rumahnya.. Namun dengan sambutan yang amat menggalakkan.. Beliau tidak dapat mengendalikannya secara berseorangan..terdetik dihatinya untuk membentuk satu kumpulan pembantu..ditapis olehnya untuk dijadikan pembantunya..makin lama jumlah itu semakin membesar...diterap dan diturunkan segala ilmu tentang perubatan islam yang dipelajarinya..dan akhirnya kumpulan kecil itu dapat membantunya sekiranya bantuan diperlukan..

Setiap petang ahad pasti rumahnya dipenuhi orang ramai yang memerlukan rawatan dari Ust Borhan... Atas faktor keselesaan dan keselamatan beliau telah menukar lokasi rawatan dari rumahnya ke Surau Kg Selindang yang tidak jauh dari rumahnya.. Waktunya tetap sama...

Bila nama Darussyifa' telah dikenali di Lipis... ramai yang telah mengesyor beliau supaya diadakan pengambilan pelajar untuk warga-warga Kuala Lipis.. Setelah beberapa perbincangan di antara beliau dengan pihak Darussyifa' Pusat.. Akhirnya wujud secara sah Pusat Rawatan Darussyifa' Lipis pada 27 September 2009 dan memulakan kuliah pertamanya yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din selaku penasihat Darussyifa' Malaysia pada 11 Oktober 2009...


Kuliah diadakan setiap ahad 2 minggu sekali... Para pengajarnya terdiri daripada pengajar yang telah mendapat ijazah pengajar perubatan islam Darussyifa'... Diantaranya ialah Ust Zulkifli Mohd Dahlan, Tuan Haji Abdul Rahman Nawas, Tuan Haji Mokhtar Kasan, Tuan Haji Ab Rashid Haji Ahmad, Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Md Derus, Tuan Haji Mohd Pakarul Razy Mohamad, Tuan Haji Abdul Razak Mahadi, En Ashaari Mahat, Ust Imran Kamal Basyar, Ust Mohd Ikmal Zaidi Hashim, Ust Noramin Saad, Yang Mulia Tuan Haji Tengku Ahmad Tengku Ibrahim, Ust Muhd Redza Ahmad dan tidak dilupakan Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad selaku pengerusi Darussyfa' Malaysia yang tegas dengan anak-anak buahnya..segala jasa kalian tidak dapat kami lupakan..

Selain dari tarikh pengijazahan pastinya pelajar-pelajar Darussyifa' Lipis tidak akan melupakan tarikh ini.. 13 Jun 2010..iaitu ujian Tasmi'...bukan setakat tasmi' bacaan tapi kena jugak tasmi' herba...belut dah ada dalam besen...kita tengok sape yang kena k..hehe http://4.bp.blogspot.com/_fP6chANDHkg/TFeJaavREqI/AAAAAAAAC8o/Semy9Xzchcc/s1600/120620101022.jpg

Alhamdulillah...dalam 65 orang pelajar yang memulakan kuliah 58 orang pelajar telah berjaya untuk diijazahkan..baki 7 orang pelajar tersebut tidak diberi ijazah atas beberapa faktor...jarang hadir ke kuliah, menarik diri, gagal ujian tasmi' dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

 
Tarikh ini pasti tidak akan dilupakan oleh 58 orang pelajar Darussyifa' Lipis..begitu juga dengan pengerusinya Ust Borhan yang telah banyak berjasa didalam perkembangan Darussyifa' di Lipis..
Tanggal 16 Januari 2011 semua pelajar yang layak selepas menjalani perjalanan kuliah yang panjang dan ujian tasmi' akhirnya diberikan segulung ijazah perubatan islam Darussyifa'.. kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan...Tapi kena diingatkan juga bahawa ijazah ini bukan hanya sekeping sijil..tapi merupakan satu amanah dari Allah supaya setiap orang yang sudah diijazahkan, sedia menjalankan kerja dakwah disebalik merawat pesakit agar setiap pesakit mendapat kesembuhan dari Tuhan melalui jalan yang diredhoi Allah..

Dan sehingga ke hari ini, Darussyifa' Kuala Lipis bertapak dibumi Kuala Lipis tanpa sebarang masalah..perawat-perawatnya menjalankan kerja-kerja merawat dengan mengikut segala etika perawat yang telah ditetapkan..segala masalah yang mendatang akan dibincangkan pada setiap isnin malam selasa yang juga menjadi malam berkumpulnya ahli-ahli Darussyifa' Lipis untuk majlis zikir..Kami di Darussyifa' Lipis ibarat keluarga yang besar..setiap aktiviti yang dijalankan pasti mendapat respon yang baik dari kalangan ahli dan diharapkan hubungan ini kekal hingga selama-lamanya...

Sekian untuk waktu ini..

" Dan Kami turunkan dari Al Qur`an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian... " Al-Isra 82

TAKBIR
ALLAHU AKBAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan