Selasa, 24 Julai 2012

Romadhon datang lagi

" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada golongan yang terdahulu,,mudah-mudahan dengan itu akan tergolong kamu dikalangan orang-orang yang bertakwa "


Alhamdulillah Allah pertemukan lagi ana dengan Romadhon tahun ini..semoga dengan kedatangan Romadhon ini hubungan ana dengan Allah semakin dekat dan erat..dan diharap juga hubungan yang erat dan dekat ini dapat aku teruskan bila Romadhon pergi meninggalkan ana kelak..

Sepanjang hari dibulan Romadhon kebanyakkan masa ana habiskan dimarkaz...seawal subuh ana keluar untuk menunaikan solat subuh yang dibulan yang selain bulan Romadhon amat liat untuk ana nak hadirkan diri..namun dengan motivasi Romadhon menjadikan ana antara orang yang dipilih oleh Allah untuk bersama ahli-ahli jamaah yang lain untuk sama2 bersolat jamaah..selesai solat subuh lepak kejap dengar kuliah@tazkirah yang ade masenye ahli-ahli jamaah kerling2 mata seolah-olah memberi isyarat menyuruh ana memberi kuliah...apa yang ana nak cakap..ana bukan ustaz pun..hehe

Selesai kuliah ana bertalaqqi dengan seorang cikgu yang mana beliau dah mempunyai sanad dalam bacaan Al-Quran..hajat asal nak habiskan dalam bulan Romadhon ni..tapi nampak gayanya macam tidak je..he takpe la..lambat2 pun takpe..yang penting hajat untuk mengambil sanad tu tercapai..

Hampir waktu zohor ana ke markaz lagi..kadang-kadang buat taktik masuk lambat sebab kalau masuk awal orang suruh jadi imam..hehe bukan tak nak jadi imam..nak melatih orang lain jadi imam pulok..kalau asyik ana je bile pulok orang lain nak belajar jadi imam kan??:) selepas zohor ahli-ahli jamaah bertadarus..selepas tadarus diadakan sedikit perbincangan dan pengukuhan tentang ilmu tajwid..pastu lepak kejap dalam markaz untuk menunggu waktu asar...sambil-sambil tu boleh jugak layan video ustaz azhar idrus..hehe

Menjelang maghrib ana ke markaz lagi untuk berbuka puasa..ada mase ramai ade masa tak berapa ramai yang berbuka di markaz..cuma yang pasti makanan memang agak banyak..bukannya beli sendiri tapi orang bersedekah untuk kami berbuka dimarkaz..rezeki dibulan Romadhon..tak payah pergi bazar pun dapat makan macam2..

Selepas Isya' seperti biasa solat tarawih..selesai 4 rakaat akan diadakan tazkirah ringkas dan disambung semula tarawih dan witir..selesai semuanye mengetey la pulok..di luar markaz dah tersedia 2 jag air..hehe pastu balik rumah tidur...

Terfikir jugak kadang-kadang...kenapa amalan sebegini gagal untuk ana praktikkan bila diluar Romadhon..dibulan Romadhon setiap waktu boleh berjamaah tapi habis je Romadhon nak lekat 3 waktu pun susah..1 shawal je silap-silap haribulan subuh kat rumah dah..adakah sasaran kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa disisi Allah itu sebagai kenyataan atau sekadar impian semata-mata..ataukah kita hanya beriman kepada Romadhon tapi tidak kepada Tuhan Romadhon???sebabnya kita jadi hamba yang patuh dan taat ketika Romadhon tapi menjadi hamba yang lalai,cuai dan alpa bila Romadhon berlalu..

Jadi, perbanyakkan doa supaya Allah menetapkan dan tidak memperbalikkan hati kita yang patuh dan taat ketika Romadhon menjadi hamba yang lalai. cuai dan alpa selepas Romadhon..beramallah dengan bersungguh agar kita tergolong dikalangan hambaNya yang mencapai tahap takwa..bayangkan ini adalah Romadhon yang terakhir bagi kita dan kita tidak akan berjumpa lagi dengan Romadhon lagi selepas ini..

Semoga dengan kedatangan Romadhon, akan terhapus segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan diselamatkan kita dari api neraka..

" Romadhon ialah dimana pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan diakhirnya keselamatan dari api neraka"

Selamat beramal....
Allahu Akbar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan