Jumaat, 14 Disember 2012

CERITA 1.1 (sambungan CERITA 1)

Broom… broomm…
 Yea yea bapak balik bawak moto bru… jerit Humairah..
“Cantiknya bapak.. petang nanti bawak Humairah jalan-jalan ek”.. pinta Humairah
“Ye la Humairah… nanti bapak bawak.. sekarang Humairah pergi mandi dulu”… kata Pak Cik husin kepada anaknya..

Pak Cik Husin akhirnya berjaya juga memiliki sebuah motorsikal dengan hasil titik peluhnya dan sedikit bantuan dari rakan-rakannya.. Dia membayarnya secara tunai kerana tidak mahu terlibat dengan sistem konvensional yang mengamalkan riba….. akhirnya dengan berkat kesungguhannya dia terselamat dari terjerumus ke dalam lembah riba tersebut..Cuma dia perlu memikirkan cara untuk membayar semula pinjaman dari rakan-rakannya tersebut.


“Cepat la bapak”… rayu Humairah..
“Jap-jap… bapak pakai baju dulu”… kata Pak Cik Husin..
“Jalan elok-elok ye bang’… pesan isterinya..

Hari ini merupakan hari pertama Humairah bersekolah.. Aku tidak boleh lambat menghantarnya.. Biar aku orang yang pertama sampai di hadapan pintu pagar sekolah tersebut.. kata hati kecilnya..

Poow…
 terdengar satu letupan kecil.. sejurus itu motor yang dipandu Pak Cik Husin terhoyong-hayang..

Ya Allah kenapa pula ni.. kata Pak Cik Husin..
Diberhentikan motornya dalam kegelapan pagi… sejurus Pak Cik Husin turun dari motornya… didapati tayar belakang motornya pancit..
Ya Allah petanda apa yang Engkau hendak berikan kepada hambaMu yang lemah ini.. detik kecil hatinya..

“Kenapa bapak?”.. Tanya Humairah..
“Tayar motor ni pancit nak” balas Pak Cik Husin..
“Ala lambat la Humairah sampai sekolah nanti”…balas Humairah dengan nada yang sedikit muram.
“ Takpe biar bapak tolak laju-laju k”.. balas Pak Cik Husin..

Ditolak motornya ke sekolah Humairah..agar semangat Humairah untuk ke sekolah tidak luntur… Perjalanan yang jauh dengan jalan yang berbukit dan berliku itu tidak sedikit mematahkan semangat Pak Cik Husin.. Ditolak juga motornya itu agar Humairah dapat sampai awal ke sekolah pada hari pertamanya..

Kini Humairah sudah pun di darjah 6.. kenangan pada hari pertama persekolahan Humairah itu terus terpahat dalam sanubari Pak Cik Husin.. Humairah terus membesar dan menjadi harapan sekolah untuk meraih 5A dalam peperiksaan UPSR.. segala keperluan persekolahan yang diminta Humairah pasti akan disediakan oleh Pak Cik Husin semampunya.. tetapi disaat itu juga isterinya Hamidah tidak berapa sihat.. isterinya selalu sakit dan memerlukan ubat untuknya terus sihat..

“Abang tak payah sangat la belikan saya ubat… duit yang ada itu abang simpan la untuk pembelajaran Humairah.. saya ni hidup bukan lama sangat pun lagi”.. ujar Hamidah..
“Ish awak ni… apa cakap camtu.. selagi saya masih hidup awak dan Humairah akan saya jaga sebaik mungkin”.. kata Pak Cik Husin..

  
“Bapak, hari ni hari terakhir Humairah periksa.. kalau Humairah dapat 5A bapak nak beri hadiah apa?” Tanya Humairah..
“Mana boleh beritahu lagi..hehe” balas Pak Cik Husin..

Keesokkan harinya keputusan UPSR Humairah akan keluar.. Humairah sudah tidak sabar-sabar untuk menantikan hari esok..

“Bapak, esok keputusan keluar kan? Jangan lupa janji bapak kalau Humairah dapat 5A” ujar Humairah..
“ Iya bapak ingat” jawab Pak Cik Husin..  perasaan hatinya bercampur baur.. gembira kerana esok mungkin Humairah akan mendapat 5A dan sedih kerana isterinya tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan Humairah itu.. Isterinya sudah seminggu terlantar..segala urusan rumah diuruskan olehnya…

“Bapak jom kita pegi” ajak Humairah..
“Abang pergi dulu sayang” ucap Pak Cik Husin pada isterinya..
Isterinya mengangguk lemah…
Sudah lama rasanya aku tidak memanggil isteriku dengan gelaran sayang..tetapi kenapa hari ini aku ucap sedemikian… getus hati kecilnya..

Dipertengahan jalan menuju ke sekolah Humairah.. Pak Cik Husin sempat berpesan kepada Mak Cik Minah supaya menjenguk isterinya dirumah… sesampainya di sekolah, sudah ramai yang hadir menunggu pihak sekolah mengumumkan keputusan…

 “ pelajar cemerlang untuk sekolah rendah daun nyior pada tahun ini ialah HUMAIRAH BINTI HUSIN.. yang mendapat keputusan 5A.. Dijemput Humairah dan ayahnya ke pentas untuk menerima hadiah dari pihak sekolah” umum juruacara majlis..

“ jom bapak” ajak Humairah..
“ jom” balas Pak Cik Husin… dalam tidak sedar air mata gembiranya mengalir..

“ Husin… Husin..” panggil Pak Abu…
“ Kenapa Abu? “ Tanya Pak Cik Husin..
“Midah….” Balas Pak Abu
“ Kenapa dengan Midah? Tanya Pak Cik Husin dalam kebingungan…
“ Midah dah meninggal” balas Pak Abu..
Hah”… balas Pak Cik Husin… terasa lemah tubuh badannya… terduduk dia dipentas sekolah tersebut.. masih terbayang lagi anggukan isterinya ketika dia memanggil sayang pada pagi tadi… kini airmatanya bertambah laju cucurannya..bukan lagi airmata gembira tapi airmata kesedihan yang mencurah-curah..

“Kini genap sebulan isteriku meninggalkanku dan Humairah… bulan hadapan Humairah pula yang akan meninggalkanku untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.. tetapi aku kena kuat untuk semua itu demi menjadikan anakku insan yang berjaya.. biarku telan semua kepedihan ini demi untuk anakku.. aku pasti Hamidah juga akan tenang bila Humairah berjaya nanti..

“Bapak, Humairah pergi dulu k..” ujar Humairah..
“Jaga diri baik-baik ditempat orang..jangan lupa solat..belajar rajin-rajin..dengar cakap cikgu..dan jangan nakal-nakal tau..” pesan Pak Cik Husin kepada Humairah..
“Baik pak” Balas Humairah..

Mengalir airmata Pak Cik Husin ketika melihat bas yang membawa Humairah meninggalkan kawasan sekolah…dari kejauhan dilihat Humairah melambai-lambai dan menangis..dibalas lambaian tersebut… berjuanglah nak.. bapak mendoakan kejayaanmu…


 Ikuti sambungannya akan datang.... :)

renung-renungkan dan selamat beramal...
Takbir.... ALLAHU AKBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan