Jumaat, 25 Mei 2012

Meminta @ tunggu untuk ditanya/diberi??

Ting..ting..ting..ting..ting...

Saiful memandang ke arah jam dinding milik syarikatnya..
“Oh dah pukul 5.00 rupanya..”detik hati kecil Saiful..
Masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibereskan oleh beliau..tetapi memandangkan tarikh untuk dia menyiapkan kertas kerja projeknya itu masih panjang..beliau mengambil keputusan untuk menyambungnya pada keesokkan harinya..

“Baik aku save dulu kerja-kerja aku ni...esok baru sambung”..
Sedang saiful menge’save’ kerja-kerjanya..telefon bimbitnya berbunyi..
Dipandang nama yang muncul di skrin telefonnya... HAKIM..

“ Hello...
“ Assalamu’alakum...kenapa kim..
“ mengetey?? Cantik...
“ tunggu tempat biase k..

Selesai die men’yhut down’ komputernya..beliau turun keluar ke ruangan lobi untuk ‘punch card’..
Kelihatan beberapa kawannya sedang berbaris menunggu giliran..terdetik didalam hatinya..klu ‘time’ punch card orang sanggup berbaris menunggu..tapi kalau ‘time’ solat,, ruangan kecil ditempat dia bekerja itu pun tak penuh..siap boleh tidur lagi selepas solat sebab tiada siapa yang hendak bersolat selepas itu..staf beratus orang tapi yang bersolat boleh bilang dengan jari je...


Treeeeet...
Kad yang bernama Saiful b. Ahmad selesai di’punch’..
Saiful mengambil kadnya dan diletakkan semula di tempat yang disediakan.. ketika beliau melangkah keluar dari pejabatnya...

“Encik Saiful dah nak balik ke??? Tanya Kamaliah...seorang kerani ditempat kerjanya.
“Tak.. Nak gi mengetey dulu dengan kawan. Dia dah tunggu kat kedai Pak Ali” balas Saiful..
Kedai Pak Ali sememangnya sinonim dengan staf-staf pejabatnya. Kebanyakkan staf syarikat tempat Saiful bekerja menjadi pelanggan tetap Pak Ali..
“ Lia tak nak join??” ajak Saiful..
“ Ish tak pe la..segan la Lia nak minum dengan kawan-kawan Saiful” balas Kamaliah.
“ Kalau macam tu saya pergi dulu k” kata Saiful...
“ Ok “ balas Kamaliah..

“Cantik jugak Kamaliah ni ek...setahu aku dia masih belum mempunyai ‘special boy friend’ lagi..nanti la aku Tanya dia..kalau memang betul-betul takde..ada can r aku nak jadikan Kamaliah isteri aku..” getus hati kecil Saiful sambil tersengeh keseorangan..

Sesampai beliau ke kedai Pak Ali kelihatan Hakim sedang menunggunya..
“ sori bro lambat sikit...ada awek cun tahan aku tadi..” kata Saiful..
“ lu memang camtu bro..pegi sana awek..pegi sini awek..aku tahu r lu hensem..aku ingat tanpa awek dalam hidup lu..mesti lu tak tenteram hidup..” balas Hakim..
“Hahaha”...mereka berdua tergelak serentak..
“ Eh engkau tak order air lagi ke??” Tanya Saiful...
“ Belom..dari tadi aku tunggu..takde pun orang datang ambil oder..” balas Hakim..

Saiful terjenguk-jenguk mencari pelayan kedai Pak Ali..namun semuanya kelihatan sibuk..sebab memang waktu-waktu begini..kedai Pak Ali sememangnya dikerumuni oleh ramai orang..
Sedang Saiful tercari-cari pelayan kedai tersebut..ternampak beliau Ustaz Syukri menuju masuk ke kedai Pak Ali..beliau meluru terus ke meja kaunter..dan kelihatan Ustaz Syukri meng’order’ beberapa jenis makanan dan minuman..sedangkan beliau dan rakannya masih lagi belum dapat meng’order’ apa pun lagi kerana menunggu pelayan datang kepada mereka..

“ Ish mana dia orang ni.. tak Nampak orang ke??” getus hati kecilnya..
Ruangan kedai Pak Ali semakin dipenuhi dengan mereka-mereka yang kelaparan.. Jam menunjukkan pukul 5.30.. Dah 15 minit dia dan Hakim menunggu untuk diambil ordernya..

“ Encik dah order ke belum?? Tanya pelayan kedai tersebut...
“ Dah berjanggut dah kami tunggu ni tau..” bentak Hakim yang sudah seolah-olah naik angin menunggu..
“ Teh tarik 2...roti telur 2 ok..” order Saiful..
“ Cepat sikit ek” sampuk Hakim...
“ Baiklah” balas pelayan tersebut..

Tit..tit..
Saiful tertoleh kebelakang...
Kelihatan Ustaz Syukri telah memasuki keretanya dengan tangan yang membawa beberapa bungkus plastik..
“Cepatnya...” getus hati kecilnya..
Bukankah Ustaz Syukri datang lebih lewat dari aku tadi..kenapa beliau dapat dulu makanannya..adakah kerana beliau meng’order’ dulu atau meminta terus kepada pelayan dikaunter tadi sedangkan aku hanya menunggu mereka..mungkin salah aku juga kerana duduk menunggu sedangkan sekiranya aku inginkan sesuatu.. aku tidak perlu ditanya apa yang aku mahukan.. kenapa aku jadi begitu sombong hanya untuk meng’order’ makanan.. aku bukannya manusia istimewa hinggakan makan apa pun orang kena tanya aku.. aku dan pelayan itu sama saja disisi Allah.. memang sepatutnya aku dapat makanan lambat disebabkan kesombongan aku itu..

Teringat beliau ketika berbaris menunggu ‘punch card’ tadi.. patuhnya manusia kepada arahan manusia.. disuruh masuk kerja pukul 8.00.. pukul 7.00 lagi dah ‘punch card’.. tapi arahan Allah macam mana????
Berapa ramai yang waktu azan zohor lebih kurang pukul 1.30 tetapi 12.30 dah menunggu-nunggu kemasukan waktunya?? Berapa ramai yang solat asar dah nak masuk waktu maghrib?? Ini semua berlaku sebab kita tidak kenal siapa Tuhan kita... Kita rasakan apabila kita masuk kerja lambat bos akan marahkan kita..tapi adakah kita kisah dengan kemarahan Allah?? Kita rasa bahawa masuk lambat dan keluar awal dari pejabat itu satu kesalahan yang menyebabkan kita diberhentikan kerja...hilang pekerjaan...hilang tempat mencari rezeki..tapi adakah kita tidak rasa bersalah sekiranya kita solat tidak diawal waktu?? Adakah Tuhan yang kita sembah itu tidak mampu untuk memberhentikan rezeki yang diberi kepada kita??

“ Encik.. ni teh dan rotinya..” kata pelayan tersebut sambil meletakkan teh dan roti tersebut..
 tersentak lamunannya... diperhatikan Hakim telah terlentok dimeja..
 
Terbayang beliau kelibat Ust Syukri tadi..mungkin ust dah kenyang agaknya..sedangkan hidangan beliau baru je sampai.. itulah kekuatan meminta daripada tunggu untuk ditanya/diberi.. bagaimana orang hendak memberi kita sesuatu tanpa kita meminta.. contohnya sekira kita sesat... kita rilek je tak  tanya orang.. agak-agak orang tahu tak??? Kita pergi ke Mc D...kita masuk dalam kedai dan duduk dikerusinya.. agak-agak dapat tak kita makan burger dan ayam McD??

Begitu juga dengan Allah..bagaimana Allah nak tahu apa yang kita mahukan tanpa kita meminta, mengadu padaNya...memang Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui.. Cuma Allah hendak mendengar hambaNya merintih meminta dan mengadu kepadaNYa..kerana Allah suka hambaNya meminta sebanyak mungkin kepadaNya yang Maha Kaya.. lagi banyak permintaan, pengaduan dan permohonan yang kita pohon kepada Allah...begitu jugalah perkenan Allah terhadap permintaan kita itu..

 “ BERDOALAH...NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN ”

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
ALLAHU AKBAR

 

Khamis, 17 Mei 2012

DOA = HARIMAU TARUNG MUDA

DOA

Tuhanku dalam termanggu
Kusebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingat kau penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


Lagu terbaru dari keh...mule mendapat ilham untuk merakam lagu ini apabile terdengar lagu ini dinyanyikan oleh Ali(terra rossa) dalam sebuah majlis beliau bersama Pas...nyanyian asal oleh Zubir Ali ketika beliau bersama kumpulan Harmoni..
Hayati liriknya ok..:)



Sabtu, 12 Mei 2012

MENDEKATI RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA'

CERAMAH MENDEKATI RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA'
BERTEMPAT DI MASJID SULTAN MAHMUD KUALA LIPIS

11 MEI 2012

OLEH
UST BORHAN BIN ARIPIN
(PENGERUSI DARUSSYIFA' KUALA LIPIS)

Al Fadhil Ust Borhan memulakan ceramahnye..
pihak masjid sediakan kerusi tapi ust nok duduk bawah daa...:)


antara hadirin yang hadir


Selepas solat isya'...perawat-perawat Darussyifa' Lipis yang diketuai oleh Ust Borhan memulakan rawatan untuk sesiapa yang berhajat mendapatkan rawatan...


merawat diruang legar masjid..
(bukan pihak masjid tidak membenarkan pihak Darussyifa' menggunakan ruang solat tapi pihak Darussyifa' Lipis lebih selesa untuk tidak menggunakan ruangan solat tersebut..)


berbagai-bagai jenis penyakit..
Kami cume berikhtiar...Allah yang menyembuhkan..


Pesakit muslimat


Baik-baik bang..kang tak pasal-pasal melompat ke kereta pesakit tu..hehe


Pesakit yang sakit kepala dan beberapa masalah lain..


Borak ke ruqyah tu????


Tok Imam Borhan sedang beraksi...


Melepaskan lelah setelah selesai merawat..


Selesai merawat ape lagi.. SAPEDET TIME..


Aksi-aksi ketika menunggu minuman dan makanan tiba..


Air sudah mari..


Makanan pun dah sampai pe lagi..semua terdiam waktu ni..hehe

Alhamdulillah...selesai sudah perjalanan dakwah Darussyifa' untuk kali ini..setelah memperkenal dan memperincikan rawatan islam, diharap warga-warga Kuala Lipis tidak lagi menggunakan rawatan alternatif yang boleh menjerumuskan diri mereka ke arah mensyirikkan Allah..Allah datangkan sakit dan masalah kepada hambaNya bukan untuk menyebabkan hambaNya syirik kepadaNya tetapi untuk memberikan  peluang kepada mereka agar lebih rapat denganNya..tetapi dalam keadaan diri manusia yang ditimpa kesakitan dan permasalahan..manusia menjadi lebih jauh dariNya malah yang lebih dasyat lagi manusia syirik kepadaNya..mungkin ramai diantara mereka yang tidak sedar..disebalik keinginan mereka untuk sembuh, mereka menidakkan ketentuan Allah, meyakini adanya kuasa penyembuh selain dari Allah, meminta bantuan dan pertolongan untuk kesembuhan selain daripada bantuan Allah...itu semua boleh menjuruskan mereka kepada perkara-perkara yang membatalkan akidah mereka..

ingatlah wahai sahabat-sahabat sekelian..sekiranya anda berubat dan terdapat sesuatu perkara yang mencarikkan adat..tinggalkan..

kita tidak mahu dalam keadaan Allah menunjukkan rasa sayangNya kepada kita dengan sakit itu..kita lupakanNya..pohonlah kepada Allah untuk segala bentuk kesembuhan..tiada yang mustahil bagi Allah Yang Maha Berkuasa..

" DAN APABILA AKU SAKIT MAKA DIALAH YANG MENYEMBUHKAN"
ASY-SYU'ARA':80

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
ALLAHU AKBAR

Ahad, 6 Mei 2012

SEJARAH BERMULA...

DARUSSYIFA' KUALA LIPIS
SURAU NUR SYIFA'
KG. SELINDANG
27100 PADANG TENGKU
KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR
(waktu rawatan : Ahad jam 3.00ptg - 6.00ptg)


 
My PhotoKisahnya bermula dengan kembalinya salah seorang penduduk Kg. Selindang ke kampung halaman setelah sekian lama merantau dan mengembara mencari ilmu dan menabur ilmu.. Beliau ialah Ust Borhan Bin Aripin... Pemilik no ahli 1342 Darussyifa' Malaysia... Beliau telah berbakti secara aktif sebagai perawat islam Darussyifa' di Raub sebelum menubuhkan Darussyifa' Lipis..

Seawal sekembalinya beliau ke Kg Selindang... Ust Borhan telah membuka Pusat Rawatan di rumahnya.. Namun dengan sambutan yang amat menggalakkan.. Beliau tidak dapat mengendalikannya secara berseorangan..terdetik dihatinya untuk membentuk satu kumpulan pembantu..ditapis olehnya untuk dijadikan pembantunya..makin lama jumlah itu semakin membesar...diterap dan diturunkan segala ilmu tentang perubatan islam yang dipelajarinya..dan akhirnya kumpulan kecil itu dapat membantunya sekiranya bantuan diperlukan..

Setiap petang ahad pasti rumahnya dipenuhi orang ramai yang memerlukan rawatan dari Ust Borhan... Atas faktor keselesaan dan keselamatan beliau telah menukar lokasi rawatan dari rumahnya ke Surau Kg Selindang yang tidak jauh dari rumahnya.. Waktunya tetap sama...

Bila nama Darussyifa' telah dikenali di Lipis... ramai yang telah mengesyor beliau supaya diadakan pengambilan pelajar untuk warga-warga Kuala Lipis.. Setelah beberapa perbincangan di antara beliau dengan pihak Darussyifa' Pusat.. Akhirnya wujud secara sah Pusat Rawatan Darussyifa' Lipis pada 27 September 2009 dan memulakan kuliah pertamanya yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din selaku penasihat Darussyifa' Malaysia pada 11 Oktober 2009...


Kuliah diadakan setiap ahad 2 minggu sekali... Para pengajarnya terdiri daripada pengajar yang telah mendapat ijazah pengajar perubatan islam Darussyifa'... Diantaranya ialah Ust Zulkifli Mohd Dahlan, Tuan Haji Abdul Rahman Nawas, Tuan Haji Mokhtar Kasan, Tuan Haji Ab Rashid Haji Ahmad, Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Md Derus, Tuan Haji Mohd Pakarul Razy Mohamad, Tuan Haji Abdul Razak Mahadi, En Ashaari Mahat, Ust Imran Kamal Basyar, Ust Mohd Ikmal Zaidi Hashim, Ust Noramin Saad, Yang Mulia Tuan Haji Tengku Ahmad Tengku Ibrahim, Ust Muhd Redza Ahmad dan tidak dilupakan Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad selaku pengerusi Darussyfa' Malaysia yang tegas dengan anak-anak buahnya..segala jasa kalian tidak dapat kami lupakan..

Selain dari tarikh pengijazahan pastinya pelajar-pelajar Darussyifa' Lipis tidak akan melupakan tarikh ini.. 13 Jun 2010..iaitu ujian Tasmi'...bukan setakat tasmi' bacaan tapi kena jugak tasmi' herba...belut dah ada dalam besen...kita tengok sape yang kena k..hehe http://4.bp.blogspot.com/_fP6chANDHkg/TFeJaavREqI/AAAAAAAAC8o/Semy9Xzchcc/s1600/120620101022.jpg

Alhamdulillah...dalam 65 orang pelajar yang memulakan kuliah 58 orang pelajar telah berjaya untuk diijazahkan..baki 7 orang pelajar tersebut tidak diberi ijazah atas beberapa faktor...jarang hadir ke kuliah, menarik diri, gagal ujian tasmi' dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

 
Tarikh ini pasti tidak akan dilupakan oleh 58 orang pelajar Darussyifa' Lipis..begitu juga dengan pengerusinya Ust Borhan yang telah banyak berjasa didalam perkembangan Darussyifa' di Lipis..
Tanggal 16 Januari 2011 semua pelajar yang layak selepas menjalani perjalanan kuliah yang panjang dan ujian tasmi' akhirnya diberikan segulung ijazah perubatan islam Darussyifa'.. kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan...Tapi kena diingatkan juga bahawa ijazah ini bukan hanya sekeping sijil..tapi merupakan satu amanah dari Allah supaya setiap orang yang sudah diijazahkan, sedia menjalankan kerja dakwah disebalik merawat pesakit agar setiap pesakit mendapat kesembuhan dari Tuhan melalui jalan yang diredhoi Allah..

Dan sehingga ke hari ini, Darussyifa' Kuala Lipis bertapak dibumi Kuala Lipis tanpa sebarang masalah..perawat-perawatnya menjalankan kerja-kerja merawat dengan mengikut segala etika perawat yang telah ditetapkan..segala masalah yang mendatang akan dibincangkan pada setiap isnin malam selasa yang juga menjadi malam berkumpulnya ahli-ahli Darussyifa' Lipis untuk majlis zikir..Kami di Darussyifa' Lipis ibarat keluarga yang besar..setiap aktiviti yang dijalankan pasti mendapat respon yang baik dari kalangan ahli dan diharapkan hubungan ini kekal hingga selama-lamanya...

Sekian untuk waktu ini..

" Dan Kami turunkan dari Al Qur`an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian... " Al-Isra 82

TAKBIR
ALLAHU AKBAR


Selasa, 1 Mei 2012

AMANKAH NEGARA KITE??

"ape la nak jadi dgn budok ni g demo x tentu pasey..negara doh aman nok ape lg??" kata seorang pak cik tua sambil menjeling ke arah beberapa orang anak muda yang sedang bersiap sedia untuk ke dataran merdeka keesokan harinya.

"korang tak rase ape yang pak cik rase zaman jepun dulu..kena pukul, kena hukum, ade yang mati..nak ke???sanggup korang mkn ubi kayu lepas ni???

vrooomm vrooommmm (enjin kereta dihidupkan)
"bukan setakat makan ubi kayu..makan kayu pun kami sanggup asalkan kami tak terus dilayan macam sampah dinegara sendiri"..balas seorang dari pemuda tersebut lantas meninggalkan pak cik tu terkebil-kebil keseorangan..

"budak-budak zaman sekarang ni bukan boleh ditegur pun" getus pak cik tersebut..

terbayang die di waktu zaman jepun dulu...die dipijak, disepak, kecut perut bile mendengar bunyi letupan, bunyi kapal terbang di langit pun rase nk tercabut nyawa...siang dan malam menyorok kerana takut dilihat oleh tentera jepun.. apa budak-budak zaman sekarang tak takut ke semua benda tu berulang kembali.. dilihat jam ditangannye..

"oh dah pukul 5.00 petang..baik aku balik ke rumah..pekena kopi dengan Milah(isterinya) ok jugak ni"

sesampai beliau dihapadan rumahnya..kelihatan anaknya Fauzi sedang mengisi beg pakaian ke dalam bonet keretanya..

"nak ke mana Fauzi?" tanya beliau..
"nak ke KL ayoh"..jawab Fauzi..

"nak watpe kat KL?? nak gi himpunan??" tanya beliau dengan suara yang agak tinggi..
"tak reti ke nak bersyukur dengan ape yang doh kerajaan buat selama ni??jalan kerajaan buat..sekoloh kerajaan buat..bagi duit BR1M rm 500..hidup aman damai..tak cukup lagi ke Fauzi?? bentak beliau..


salam ayoh...Fauzi menghulur tangannya...

agak berat ayahnya untuk menghukurkan tangan merestui perjalanan Fauzi...sejurus bersalaman..Fauzi mencium ayahnya...sambil berkata..

"bukan Fauzi tak bersyukur dengan ape yang dah kerajaan beri selama ni..memang kerajaan buat jalan,,kerajaan bina sekolah,,kerajaan bagi duit kepada rakyat..tapi disebalik itu banyak kesilapan, kesalahan dan kekejaman yang dah kerajaan buat pada rakyatnya ayoh" kata Fauzi..

"kerajaan bagi RM 500 pada rakyat tapi kerajaan bagi kepada kroni mereka RM240 juta untuk ternak lembu tapi mereka khianat..lembu entah ke mana..hotel pulok yang dibeli..siap pergi umrah lagi pakai duit 2"..tegas Fauzi..

"kerajaan memang buat jalan dan sekolah...tapi berapa banyak rasuah yang berlaku semasa proses tersebut..kalau tiada rasuah pasti jalan yang dibuat tak berlubang..bangunan yang dibuat tak runtuh..projek juta-juta tapi hasil kerja ribu-ribu je..sebab pe ayoh??semua sebab kerja bukan kerana nak jalankan amanah dari Allah atas kerja tersebut tapi hanya untuk poket mereka dan kroni tanpa mengambil kira halal haram" sambung Fauzi..

"tapi kite doh hidup amankan sekarang??balas ayahnya..

"amankah kite kalau disana sini kite dengar ada orang yang dibunuh, dirompak, dirogol, diragut..minggu lepas pun kite dengar rumah org dikampung sebelah dirompak kan??.. tanye Fauzi..

ayahnya mengangguk lemah...

"kite tengok jugak sekarang anak muda kite bergaul bebas, pakai baju saiz untuk adik@anak mereka, mereka dah tak tahu yang mana haram bagi mereka..anak luar nikah berpuluh ribu orang setiap tahun..amankah negara kite ayoh???

ini semua kerana negara kite yang mengaku negara islam tapi tidak menjalankan hukum yang Allah dh tetap dan gariskan..habis punah akidah rakyat negara kite kerana pemimpin yang sedia ada tak mahu mengamal dan menjalankan islam secara keseluruhannya..macam mana rakyat nak bertudung kalau pemimpin rakyat sendiri yang tak bertudung??

orang-orang agama disisihkan..bila bercakap tentang islam..mereka dikatakan ekstrem..hukum-hukum yang ada dah sesuai diamalkan pada waktu sekarang..bila golongan-golongan agama ini bertegas tentang sesuatu hukum pastinya mereka diugut, ditekan, dikatakan menggunakan islam untuk menyalahkan pemimpin..sedangkan mereka berkata benda yang benar..amankan negara kite ayoh???

tak kan kite tetap nak pertahankan pemimpin yang sebegini ayoh??mereka meluluskan lesen judi..meluluskan permit tempat-tempat maksiat..adakah kite akan terlepas dari dosa sekiranye kite memilih mereka sebagai peminpin mereka???pastinye tidak ayoh.. orang yang redho dengan maksiat dikira sebagai pembuat maksiat dan orang yang redho dengan perkara kufur mereka jugak dikira sebagai orang yang kufur jugak..

jadi tanggungjawap kite sebagai orang yang mengaku beriman kepada Allah mestilah menolak pemimpin yang sebegini..caranye bila sampai masa mengudi kita pilih pemimpin dari golongan yang meletakkan islam sebagai dasar perjuangannya..tapi bagaimana pemimpin-pemimpin dari golongan yang hendak memperjuangkan islam ni nak menang kalau pertandingan asyik berat sebelah je..cube ayoh bayangkan..kite main bolo dengan kampung sebelah..kampung pakai pengadil orang die..penjaga garisan orang die...pemain die lebih dari kite..siap ade pemain import lagi..pastu panjaga gol ade 3..gol dieorang pulok kecik macam gol futsal..agok-agok boleh tak kite nak menang???

jawapannye boleh cume susoh la sikit kan ayoh..jadi sebab itu Fauzi nak gi berhimpun..berhimpun untuk pastikan pertandingan tidak berat sebelah.." jelas Fauzi panjang lebar...

"ok lah ayoh...Fauzi pegi dulu..doakan Fauzi selamat pergi dan balik....
Assalamu'alaikum...."

dalam keadaan berat hati pak cik Fauzan melepaskan anaknya Fauzi berlalu pergi..jauh disudut hatinya berdetik..Ya Allah..Selamatkanlah anakku dalam perjalanannya pergi dan balik..redhakanlah perjuangannya..berikan daku hidayah supaya aku dapat berada dalam saf-saf orang yang memperjuangkan agamaMu Ya Allah..mungkin selama ini aku silap..betulkan aku Ya Allah..mungkin sebelum ini aku terlupa..ingatkanlah daku Ya Allah..mungkin sebelum ini daku jahil..alimkan daku Ya Allah..

tanpa disedari mengalir airmatanya....

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
JANGAN CAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM KEKUFURAN KERANA KEJAHILAN KAMU...

ALLAHU AKBAR...